Wednesday 21 May 2014







 
                    Guru Mohd Shahiid bin Elias,atau dikenali sebagai guru Shahiid.Beliau merupakan Setiausaha Persatuan Silat Gayung Fatttani Malaysia(PSGFM).Beliau kini menceburi penuh dalam bidang Silat dan beliau telah mendapat banyak jemputan ke majlis-majlis,dan bayaran sekali jemputan adalah RM300 keatas.Dalam pencampaian Silat,beliau pernah sekali menjadi juara Olahraga peringkat kebangsaan.Beliau juga pernah menggubal Notis Pekeliling Persatuan Silat Gayung Fattani Malaysia(PSGFM).Dalam penggubalan itu telah membaharui ahli baharu PSGFM pada tahun 2013.Dalam perwartaan itu,hanya ahli baharu sahaja yang boleh membuat aktiviti-aktiviti PSGFM,dan setiap pendaftar disertakan dengan tempat gelanggang silat tersendiri.



Bil
Nama Guru/Jurulatih
Gelanggang
1.
Tuan Guru Aminuddin bin Hj. Anuar
Kelab Fatani Belia Sabah
2.
Tuan Guru Dr. Mohamad Nizam bin  Mohamed Shapie
University of Wales, United Kingdom
Universiti Malaya
Universiti Teknologi MARA
Universiti Sains Islam Malaysia
3.
Tuan Guru Mohd Shahiid bin Elias
Pusat Cemerlang Silat, MalaysiaKelab Silat Olahraga Bandar Baru Bangi
4.
Cikgu Mohd Safwan bin Abu Hassan
Kelab Silat Bandar Baru Bangi
5
Cikgu Nur Fiqah bt. Qari
Universiti Teknologi MARA


Tuesday 20 May 2014



        Tuan Guru Dr.Mohamad Nizam bin Mohamed Shapie atau lebih dikenali sebagai Dr.Nizam/Guru Nizam.Beliau merupakan Penasihat dan Jurulatih Persatuan Silat Gayung Fattani Malaysia di kawasan sekitar Bangi dan Kuala Lumpur.Pada hari ini belaiu telah membuka banyak pusat-pusat Silat mahupun di peringkat sekolah sehinggalah ke peringakat Universiti.Beliau juga seorang yang aktif berniaga dalam membantu masyarakat melayu.Selain itu,beliau juga sering dipanggil untuk membuat "Talk" di majlis-majlis mahupun di peringkat bawahan hinggalah ke peringkat Antarabangsa.Sebelum beliau menjadi Grandmaster ataupun tokoh silat,pelbagai jalan yang harus beliau tempuhi antaranya menjadi Juara Kebangsaan Persatuan Silat Gayung Malaysia(PSGM) pada tahun 2002.Jurulatih Pasukan Selangor(PSGM) ke kejohanan Seni Mempertahankan  Diri pada tahun 2003,Jurulatih Silat Seni dan Silat Olahraga sekolah-sekolah di Selangor dan Putrajaya pada tahun 2002-2007,Jurulatih Silat Antarabangsa(Grandmaster PSGFM United Kingdom),dan jurulatih kelab silat Universiti Malaya.Disamping itu,beliau juga seorang berpendidikan tinggi yang mana beliau telah mendapat Ijazah Sarjana Muda Kepujian (UKM) dalam bidang Sains,Ijazah Sains Sukan (UITM) dalam bidang Sport Phychology Atlite,dan Ijazah Kedoktoran (PHD) dalam Silat Coaching di United Kingdom.Semasa di United Kingdom,beliau telah mendapat kepujian tinggi setelah menyelesaikan kajian beliau yang bertajuk "Influence of age and Maturation on Fitness Development,Trainability and competitive performance in Youth Silat".Dalam kajian ini,telah menyelesaikan permasalahan berkaitan kaedah latihan,penampilan,disiplin dan banyak lagi.Selepas berijazah,beliau pernah menjadi Pensyarah Pusat Sukan,Universiti Malaya,Kuala Lumpur,Pensyarah kanan Sains Sukan peringkat Sarjana di Universiti Teknologi MARA,Shah Alam,dan juga telah menjadi pakar dan pengkaji kejurulatihan Sukan Silat Pertama di Dunia.



  

Saturday 3 May 2014



         Tuan Haji Anwar bin Haji Abd.Wahab A.M.N. telah dilahirkan pada tanggal 23 disember 1945 di Bagan Tunjang,Sabak Bernam,Selangor.Beliau telah menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Sabak Bernam,Sekolah Ungku Aziz Sabak Bernam,Selangor dan Sekolah Alam Shah di Kuala Lumpur.Beliau telah dianugerahkan Pingat Ahli Mangku Negara dengan membawa gelaran(AMN).Beliau juga telah dianugerahkan dengan gelaran Pendeta oleh majalah senibeladiri  terkemuka negara iaitu majalah seni bela diri diatas segala jasa dan sumbangan beliau dalam dunia persilatan.Sebelum menghembus nafas terakhir,beliau telah menyelesaikan sebuah buku terakhir yang berjudul "SILAT" yang mengambil masa setahun untuk membuatnya.Dalam buku ini ada menyembut tentang rincian sejarah dan perkembangan  dari kurikulum silat tradisional Silat Melayu dan pembentukan kurikulum modern Silat Malaysia dan telah diberi gelaran buku sebagai"Rahsia Silat Melayu".Beliau meninggal pada tanggal 10 MAC 2009,di Hospital Kajang,Selangor.Kematian beliau menjadi kejutan besar bagi masyarakat Silat baik dari yang bawah sehinggalah International






   


 PENGALAMAN DALAM ILMU PERSILATAN

     Beliau telah menirima pangkat sebagai Guru Utama PSGFM sebelum menhembus nafas terakhirnya.Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam dunia persilatan melayu,pernah menjadi pengasas silat olahraga,silat seni,silat melayu dan gendang Silat Baku di Malaysia.Sejak 1957,beliau telah mempelajari beberapa gaya silat seperti Silat Harimau,Silat Cekak,Silat Sendeng,Silat Kuntau Betawi,dan Seni Silat Helang Sewah di kampung Kota Hutan Melintang,Perak.Pada tahun 1965 pula,Tn.Haji Anuar bin Haji Abdul Wahab A.M.N telah mempelajari Seni Silat Gayung Fatani di Sabak Bernam,Selangor.Pada tahun 1976,beliau telah menandai Yayasan Pertubuhan Seni Gayung Malaysia sebagai Ketua dan Grandmaster.

PENDIDIKAN DAN PENULISAN

    Beliau mempunyai Ikhtisas di dalam bidang Pendidikan Jasmani dan Seni Lukis.Beliau telah mendapat B.A. Kepujian di bidang Ilmu Kemanusian Pengkhususan Kesusteraan Melayu,dan memilih Diploma Sarjana M.A. di UKM,Bangi dan mengeluarkan beberapa buah buku antaranya Silat Olahraga dan Teknik Silat Melayu terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.Buku terakhirnya beliau adalah tentang sebuah buku yang berjudul Silat,yang menceritakan tentang sejarah perkembangan kurikulum silat melayu tradisi dan pembentukan kurikulum seni Silat Malaysia modern.


AKTIVITI-AKTIVITI

>Naib Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan(PESAKA)dari tahun 1986-1989.
>Pengerusi Wasit Juri Silat Olahraga Pusaka
>Penasihat Majlis Jurulatih Silat Olahraga
>Jurulatih Silat bertaraf Antarabangsa bagi Malaysia di dalam(PERSILAT)
>Menerajui seluruh kejuaraan Silat Kebangsaan sejak Tahun 1984 di Malaysia.

Tuesday 11 March 2014

Tn. Guru Aminuddin bin Hj.Anwar


 
                        Tn. Guru Aminuddin bin Hj.Annuar merupakan Guru Utama Persatuan Silat Gayung Fatani Malaysia(PSGFM) yang kedua.Beliau dilahirkan pada 6 Ogos 1970 di Lenggong Perak,Malaysia.Beliau juga merupakan ahli tetap PSGFM sebelum dipilih menerajui Guru Utama PSGFM berdasarkan karakter,kepimpinan,dan pengalaman yang meluas beliau dalam dunia persilatan.
                     Beliau dipilih menjadi Guru utama PSGM setelah ketiadaan Allahyarham Tn. Haji Anuar Abdul Wahab.Namun Allahyarham Tn.Haji Anuar Abdul Wahab berhasrat untuk menjadikan Tn. Guru Aminuddin bin Hj.Anwar sebagai Guru Utama PSGFM sebelum ketiadaanya lagi semenjak tahun 1999,tetapi atas dasar hormat keatas Tn. Haji Anuar,Tn. Guru Aminuddin telah menolak jawatan tersebut dan menjawatnya selepas ketiadaan Allahyarham Tn. Hj Anuar Abdul Wahab.Beliau kini sudah mendirikan rumah tangga dengan Puan Majnah Abdillah dan tinggal di Sandakan,Sabah.Sebelum menerima jawatan sebagai Guru Utama Persatuan Silat Gayung Fatani,beliau pernah bertugas dalam bidang perniagaan dan juga perkhidmatan seperti berikut:

1)DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA, Kuala Lumpur (Graphic Artist) -1991/95

2) BOLD PLATFORM (Computer Graphic, Artist) -1995

3) SMART READER, English Childrens Books (Illustrator and Computer Artist) -1996

4)UTUSAN MALAYSIA BERHAD (Computer Graphic, Artist) -1997

5)TAKAFUL NASIONAL SDN. BERHAD (Insurance Agent Life/General) -2003/05

6)PROTON EDAR SDN BHD, SANDAKAN BRANCH, SANDAKAN
(Sales Advisor, Secretary of Safety PESB, Sandakan) -2008

7)RIGHTPOWER SDN. BHD SANDAKAN BRANCH, SANDAKAN (Sales Advisor, Sandakan) -2010