Tuesday 20 May 2014



        Tuan Guru Dr.Mohamad Nizam bin Mohamed Shapie atau lebih dikenali sebagai Dr.Nizam/Guru Nizam.Beliau merupakan Penasihat dan Jurulatih Persatuan Silat Gayung Fattani Malaysia di kawasan sekitar Bangi dan Kuala Lumpur.Pada hari ini belaiu telah membuka banyak pusat-pusat Silat mahupun di peringkat sekolah sehinggalah ke peringakat Universiti.Beliau juga seorang yang aktif berniaga dalam membantu masyarakat melayu.Selain itu,beliau juga sering dipanggil untuk membuat "Talk" di majlis-majlis mahupun di peringkat bawahan hinggalah ke peringkat Antarabangsa.Sebelum beliau menjadi Grandmaster ataupun tokoh silat,pelbagai jalan yang harus beliau tempuhi antaranya menjadi Juara Kebangsaan Persatuan Silat Gayung Malaysia(PSGM) pada tahun 2002.Jurulatih Pasukan Selangor(PSGM) ke kejohanan Seni Mempertahankan  Diri pada tahun 2003,Jurulatih Silat Seni dan Silat Olahraga sekolah-sekolah di Selangor dan Putrajaya pada tahun 2002-2007,Jurulatih Silat Antarabangsa(Grandmaster PSGFM United Kingdom),dan jurulatih kelab silat Universiti Malaya.Disamping itu,beliau juga seorang berpendidikan tinggi yang mana beliau telah mendapat Ijazah Sarjana Muda Kepujian (UKM) dalam bidang Sains,Ijazah Sains Sukan (UITM) dalam bidang Sport Phychology Atlite,dan Ijazah Kedoktoran (PHD) dalam Silat Coaching di United Kingdom.Semasa di United Kingdom,beliau telah mendapat kepujian tinggi setelah menyelesaikan kajian beliau yang bertajuk "Influence of age and Maturation on Fitness Development,Trainability and competitive performance in Youth Silat".Dalam kajian ini,telah menyelesaikan permasalahan berkaitan kaedah latihan,penampilan,disiplin dan banyak lagi.Selepas berijazah,beliau pernah menjadi Pensyarah Pusat Sukan,Universiti Malaya,Kuala Lumpur,Pensyarah kanan Sains Sukan peringkat Sarjana di Universiti Teknologi MARA,Shah Alam,dan juga telah menjadi pakar dan pengkaji kejurulatihan Sukan Silat Pertama di Dunia.



  

No comments:

Post a Comment