Saturday 3 May 2014



         Tuan Haji Anwar bin Haji Abd.Wahab A.M.N. telah dilahirkan pada tanggal 23 disember 1945 di Bagan Tunjang,Sabak Bernam,Selangor.Beliau telah menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Sabak Bernam,Sekolah Ungku Aziz Sabak Bernam,Selangor dan Sekolah Alam Shah di Kuala Lumpur.Beliau telah dianugerahkan Pingat Ahli Mangku Negara dengan membawa gelaran(AMN).Beliau juga telah dianugerahkan dengan gelaran Pendeta oleh majalah senibeladiri  terkemuka negara iaitu majalah seni bela diri diatas segala jasa dan sumbangan beliau dalam dunia persilatan.Sebelum menghembus nafas terakhir,beliau telah menyelesaikan sebuah buku terakhir yang berjudul "SILAT" yang mengambil masa setahun untuk membuatnya.Dalam buku ini ada menyembut tentang rincian sejarah dan perkembangan  dari kurikulum silat tradisional Silat Melayu dan pembentukan kurikulum modern Silat Malaysia dan telah diberi gelaran buku sebagai"Rahsia Silat Melayu".Beliau meninggal pada tanggal 10 MAC 2009,di Hospital Kajang,Selangor.Kematian beliau menjadi kejutan besar bagi masyarakat Silat baik dari yang bawah sehinggalah International






   


 PENGALAMAN DALAM ILMU PERSILATAN

     Beliau telah menirima pangkat sebagai Guru Utama PSGFM sebelum menhembus nafas terakhirnya.Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam dunia persilatan melayu,pernah menjadi pengasas silat olahraga,silat seni,silat melayu dan gendang Silat Baku di Malaysia.Sejak 1957,beliau telah mempelajari beberapa gaya silat seperti Silat Harimau,Silat Cekak,Silat Sendeng,Silat Kuntau Betawi,dan Seni Silat Helang Sewah di kampung Kota Hutan Melintang,Perak.Pada tahun 1965 pula,Tn.Haji Anuar bin Haji Abdul Wahab A.M.N telah mempelajari Seni Silat Gayung Fatani di Sabak Bernam,Selangor.Pada tahun 1976,beliau telah menandai Yayasan Pertubuhan Seni Gayung Malaysia sebagai Ketua dan Grandmaster.

PENDIDIKAN DAN PENULISAN

    Beliau mempunyai Ikhtisas di dalam bidang Pendidikan Jasmani dan Seni Lukis.Beliau telah mendapat B.A. Kepujian di bidang Ilmu Kemanusian Pengkhususan Kesusteraan Melayu,dan memilih Diploma Sarjana M.A. di UKM,Bangi dan mengeluarkan beberapa buah buku antaranya Silat Olahraga dan Teknik Silat Melayu terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.Buku terakhirnya beliau adalah tentang sebuah buku yang berjudul Silat,yang menceritakan tentang sejarah perkembangan kurikulum silat melayu tradisi dan pembentukan kurikulum seni Silat Malaysia modern.


AKTIVITI-AKTIVITI

>Naib Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan(PESAKA)dari tahun 1986-1989.
>Pengerusi Wasit Juri Silat Olahraga Pusaka
>Penasihat Majlis Jurulatih Silat Olahraga
>Jurulatih Silat bertaraf Antarabangsa bagi Malaysia di dalam(PERSILAT)
>Menerajui seluruh kejuaraan Silat Kebangsaan sejak Tahun 1984 di Malaysia.

No comments:

Post a Comment